Wednesday, September 29, 2010

DAP Diam Bila Melayu Kena Bunuh..


Apabila hebohnya berita mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pembantunya,tidak ada langsung kedengaran gesaan atau pun bantahan yang disuarakan oleh DAP. Sebelum ini masyarakat begitu maklum dengan tindakan DAP  yang mendesak agar diadakan inkues apabila berlakunya kes kematian pencuri kereta A Kugan di dalam tahanan polis dan Teoh Beng Hock.

Kes yang serupa berlaku di Kulim apabila 6 orang penjenayah India ditembak mati oleh Polis, pihak DAP terus mengecam dan menuduh pihak Polis berlaku kejam dan mendesak agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan diadakan.

Kaitan pembunuh Datuk T Pathanaban bersama konco konco nya dengan DAP amat dekat,diberitakan beliau adalah ahli seumur hidup parti DAP.  Pihak DAP langsung tidak bersuara apabila menyedari suspek adalah ahli parti DAP.Malah tidak ada mana mana pemimpin daripada pakatan rakyat yang menyeru agar inkues ataupun suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ini.

Nyawa orang melayu begitu murah, hinggakan dilihat adalah tidak penting bagi pihak DAP.Mereka hanya melihat dari aspik perkauman yang rasis jika ada peluang untuk menghentam kerajaan Melayu,maka segala usaha digerakkan untuk memburukkan persepsi terhadap kerajaan dan agensi penguatkuasaan.

Sebolehnya ramai pihak tidak mahu mengaitkan isu pembunuhan Datuk Sosilawati dengan politik,kita tidak dapat mengelak daripada isu ini dipolitikkan kerana dari awal awal lagi Hj Nizar dan Mahfuz sudah pun menuduh UMNO dan pemimpin negara terlibat dalam kes ini.

Hinanya batang tubuh melayu apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi DAP,mereka hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan.Amat menghairankan tidak ada pula gesaan daripada mana mana pemimpin melayu pakatan yang mendesak seperti mana berlakunya terhadap Teoh Beng Hock.

Kesimpulannya,melayu sejak dari dulu dilayan bagaikan kelas kedua oleh pihak DAP dan pakatan,jika berlaku terhadap yang bukan melayu mereka akan cepat cepat untuk bertindak dan membuat protes.
DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM

oleh:  allmadat.

Monday, September 27, 2010

Nik Aziz dan PAS kemaruk pilihanraya di DUN Galas..

 
Pertama sekali, takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah swt.

Sewajarnya, apabila berlaku kematian dikalangan ahli politik, terutamanya mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin dikalangan umat Islam, kita sepatutnya menghormati perasaan keluarga arwah.

Tak sepatutnya berperangai seperti manusia tak berakal apabila begitu ghairah mencanangkan tentang pilihanraya kecil dikawasan ADUN tersebut terutamanya ketika jenazah masih lagi terlantar sambil dibacakan surah Yassin.

Semua perlakuan ini akan menyerlahkan tahap sebenar kematangan dan juga kemampuan akal waras kita untuk berfikir dengan wajar sebagai seorang Islam.

Jangan jadi seperti Nik Aziz yang dilabelkan oleh pengikut-pengikut PAS sebagai bertaraf wali, tetapi mempunyai akal yang amat cetek terselindung disebalik serban besarnya itu.

Disaat jenazah arwah ADUN Galas masih belum dikebumikan.., dan ketika liang lahad baru sahaja digali menanti kehadiran penghuninya, Nik Aziz sudah tak sabar untuk bercakap tentang pilihanraya.

Sabarlahhh..., tunggulah hingga kesedihan keluarga arwah reda wahai Nik Aziz. Sia-sia sahaja bercakap siang malam tentang agama jika perkara asas kemanusiaan sebegini pun Nik Aziz gagal mengamalkannya.

Kalau ya pun kemarukkan pilihanraya kecil di Kelantan, tunggulah dua tiga hari lagi. Kalau bebal sangat pun, janganlah tunjukkan pada orang luar terutamanya kepada generasi muda.



Takkan Nik Aziz tak tahu malu kot?


Saya amat berharap supaya Husam ataupun Mohd Amar akan menasihatkan orang tua tersebut. Bukannya apa, Nik Aziz pun bukannya lama lagi hayat didunia ini. Entah besok, entah lusa.., silap haribulan dia pun akan menyusul rakan-rakannya menemui Allah swt. Jadi, berpada-padalahh....


Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.- MalaysianInsider

Sumber: Blog Media Permatang Pauh

Alfatihah...Adun Galas. Meninggal Dunia


Blog ini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Adun Galas  Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Sama samalah kita menghadiahkan Al Fatihah Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.


- Wak Daeng.

Sunday, September 26, 2010

Lawak Gilleeeerrr... LGE Tak Tahu Lumba Kuda tu JUDI!!!...

 
Siaran Buletin Utama yang baru lepas tadi betul betul mengeletek hati penulis, mana tidaknya, Kelab Lumba Kuda yang wujud berpuluh tahun di Pulau Pinang masih tidak diketahui fungsinya oleh Lim Guan Eng!  Kok ya pun terdesak nak mengakui kesalahan diri sendiri kerana menipu semua orang dengan penafian terdahulu, janganlah menunjuk jahil dengan mengatakan tak tahu fungsi kelab lumba kuda tu.  P. Ramlee dalam filem Ibu Mertua ku dah lama tunjuk bahawa Kelab Lumba Kuda tu tempat berjudi, boleh pulak LGE kata tak tahu, betul-betul dia ni bodoh atau pura-pura pandai.

Satu lagi fakta yang didedahkan tadi, LGE mengaku bahawa wang judi yang diterima daripada Kelab Lumba Kuda itu bukanlah RM 500k seperti yang kita semua jangka pada awalnya, sebaliknya RM 2 juta!!  Jikalau Khalifah Umar masih hidup, baginda tentu malu dengan tindakan kafir nan seorang ini menggunakan namanya sebagai perbandingan dalam corak pemerintahan kerana kita yakin Khalifah Umar tidak menggunakan duit judi untuk membantu orang susah.

Kali ini cina Melaka ini benar-benar terpukul dengan pendedahan blogger Pisau.Net disini.  Desakan seterusnya daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang, sekadar menambah sakit kepala LGE sebab dia tahu dia dah benar-benar kantoi.  Yakin Pemuda UMNO dan blogger Pisau tidak mempunyai bukti, LGE menulis di Facebooknya menafikan ada menggunakan duit judi untuk membantu orang miskin sebaliknya menuduh pulak UMNO sebagai munafik. 

KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Bila blogger Pisau mendedahkan surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit LGE disini, barulah LGE mengalah dan mengakui akan menerima duit judi tersebut.  Sekarang nak  tanya, siapa munafik?  LGE faham ke munafik tu apa bendanya? 

Pengakuan itu bagaimanapun bukan tidak beralas, LGE kata duit itu tidak digunakan untuk membantu orang Islam, sebaliknya bangsa lain.  Tapi macam biasa, hanya ada air liur, buktinya tidak pulak ditunjukkan seperti mana kata Pemuda UMNO Pulau Pinang, ada dua akaun ke?  Untuk perhatian, tidak ada di dalam mana-mana pendedahan di atas ada disebut mengenai orang bukan Islam dan orang Islam yang menerima bantuan duit judi kuda ini, hanya yang disebut ialah orang miskin sahaja.
Dedah sudah (Pisau.Net) , bohong sudah (LGE) , kantoi pun sudah (LGE).  Sekarang mari kita bongkar lagi, benarkah kata LGE bahawa duit RM 2 juta itu tidak digunakan bagi membantu orang Islam.  Berdasarkan statistik yang didedahkan dalam laman web pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang disini, setakat ini ada seramai 651 penerima bantuan dibawa program Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar Pulau Pinang.  Berdasarkan rekod tahun 2009, kebanyakkan penerima adalah terdiri daripada penduduk kawasan majoriti melayu di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

DAERAH
DISTRICT
MISKIN TEGAR / HARDCORE POVERTY
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS
Timur Laut
73
60
41
40
25
25
25
25
25
36
36
34
Barat Daya
174
172
150
121
120
120
120
120
120
121
121
121
Seberang Perai Utara
318
331
303
293
290
290
290
290
290
303
302
300
Seberang Perai Tengah
282
249
186
168
166
168
168
168
168
166
166
165
Seberang Perai Selatan
57
57
48
48
48
48
48
48
48
54
53
53
JUMLAH / TOTAL
904
869
728
670
649
651
651
651
651
682
678
673

Jadi macam mana LGE kata penerima duit RM 2 juta itu tidak termasuk orang Islam sekali kalau penerima itu banyak datangnya dari kawasan majoriti melayu?  Dengan orang cina menguasai 40% ekonomi negara, ramai sangatkah diantara mereka ini yang tergolong dalam kemiskinan tegar terutama di negeri dimana mereka majoriti seperti di Pulau Pinang?  Kita yakin bahawa duit RM 2 juta ini juga digunakan untuk membayar sumbangan kepada orang Islam dan bangsa lain Di Pulau Pinang.  Kalau  LGE boleh menipu sebelum ini, kenapa dia tidak boleh menipu sekarang?

Tuduhan LGE kononnya kerajaan terdahulu tidak membantu orang miskin adalah tidak benar kerana berdasarkan statistik JKM untuk 2008 yang boleh dimuat turun disini, seramai 10,538 kes penerima bantuan daripada JKM dengan perbelanjaan sebanyak RM 24 juta!!  Jumlah ini jauh melebihi RM2 juta duit hasil judi yang digunakan LGE untuk membantu penduduk miskin di Pulau Pinang sekarang.

Kita simpatilah dengan penduduk miskin di Pulau Pinang, dapat bantuan pun hasil duit judi.  Ini baru judi lumba kuda, bagaimana pulak dengan sumbangan dari tokei kedai judi nombor dan judi sukan yang ditaja kongsi gelap, kawan baik parti DAP?  LGE sekadar mendedahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang sekarang betul-betul haprak, sampaikan nak bagi bantuan orang miskin pun terpaksa menyembah ehsan syarikat judi lumba kuda. 

Apalah agaknya yang ditabiah PAS kepada DAP di Pulau Pinang sehinggakan orang miskin di Pulau Pinang temakan budi dengan kuda!!!

Penulis tak tahulah nak gelak ke atau nak nangis……

Thursday, September 23, 2010

Nik Aziz dahulukan Tok Sami dari rakyat Kelantan...

 Sampai empat meja yang dikhaskan buat Tok-tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz.

 Tok Sami dirai dan dijaga sedangkan banyak rakyat melayu di Kelantan masih menderita

  Duit raya berbentuk dinar emas juga diberi oleh Nik Aziz kepada Tok-tok Sami tersebut

 Apa lagi mau..., makan pun dapat, duit raya pun dapat jugak...


Ramai yang terpinga-pinga melihat kehadiran lebih kurang 40 orang Tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz. Rupanya mereka dijemput khas bagi diraikan dirumah terbuka sempena Aidilfitri tersebut.

Pasti ramai juga yang terfikir, sudah tiadakah rakyat Kelantan berbangsa melayu yang lebih wajar diraikan? Dikala masih banyak rakyat Kelantan hidup dibawah paras kemiskinan, Nik Aziz pula memilih untuk mengutamakan Tok Sami daripada individu sebangsanya sendiri.

Apa jenis Menteri Besar yang berfikiran sebegini???

 Keluarga miskin yang terpaksa tinggal dalam reban ayam di Pengkalan Chepa ini tak pula Nik Aziz nak rai?? Tok Sami lebih utama nampaknya...

 Alangkah baiknya jika Nik Aziz sumbangkan derma dinar emas untuk membaiki rumah rakyat Kelantan yang uzur ini...Takkan Nik Aziz hanya nampak Tok Sami di Kelantan saja..?

Sumber: www.koleayan.blogspot.com

PANASssssss! ISU 4 BILLION! SPRM DAN PDRM WAJAR SIASAT PAS!



Kecoh bila sebuah syarikat pembinaan yang baru ditubuhkan pada 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta, I’DA World Group Sdn Bhd, mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM 4 billion ringgit kepada parti PAS. Sumbangan ini katanya ada kena mengena dengan Projek S7 yang melibatkan pembinaan lebuh raya. saluran paip dibeberapa kawasan di Kelantan bernilai USD 1 Trillion (RM 3.2. Trillion)!!

Replika cek yang jelas tertera nama Parti Islam Se Malaysia itu diterima oleh adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat. Nik Din yang menggelarkan dirinya Ayah Din sebelum kemudiannya menafikan mewakili PAS mahupun kerajaan negeri ke majlis itu sebaliknya datang atas kapasiti peribadi kerana mendapat jemputan – standard biasa melepaskan diri.

Walaupun jumlah yang disebut maha gila tinggi dan tidak masuk akal untuk sebuah kerajaan sekalipun, apalagi untuk syarikat baru seperti I’DA World Group Sdn Bhd, malah para pemimpin PAS seperti Nik Amar juga sudah menafikan kaitan PAS dengan majlis tersebut disini. kita merasakan perlunya siasatan oleh SPRM dan PDRM bagi melihat jika ada unsur-unsur jenayah di dalam hal berkaitan.

Ini kerana projek tersebut dikatakan sudah dibentang dan dibincang dihadapan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat melalui surat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan bertarikh 19hb September 2010, bermaksud bukan cakap-cakap kosong sahaja (gambar perbincangan pun ada disini). Bahkan tindakan syarikat tersebut mengadakan majlis besar-besaran mengumumkan pemberian cek tersebut termasuk memanggil wakil-wakil media utama juga, menimbulkan syak wasangka yang memerlukan siasatan menyeluruh:-



Dipihak penyokong PAS pulak, sudah riuh rendah masing-masing dengan ‘derma’ yang kononnya diterima oleh pihak PAS ini. Mana tidaknya, jumlah yang besar ini (kalau benarlah) bakal mengubah imej PAS daripada sebuah parti peminta sedekah, kepada parti yang memberi sedekah. Tidak lupa juga kepada para bloggers mereka yang menerima peruntukkan RM 4 juta bagi menjatuhkan pentadbiran kerajaan sebelum ini seperti didedahkan Kickdafella, bertambah senyum sampai ke telinga mendengarkan berita baik ini sebab ia bermakna peruntukkan untuk mereka pun bakal bertambah juga.



Kalau UMNO lah yang terlibat ini sudah tentu tidaklah dipanggil pemberian itu sebagai sumbangan, sebaliknya rasuah dan apa segala perkataan yang tidak baik maksudnya.

Keberanian I’DA World Group Sdn Bhd mempermain-mainkan PAS sedemikian rupa kita percaya ada kaitan dengan kebodohan pemimpin PAS yang kita dok bincang selama hari ini. Takkanlah pendek sangat akal untuk nak mengetahui sama ada sumbangan sebesar sedemikian masuk dek akal atau tidak. Satu ketika dahulu Majlis Kanser Malaysia juga pernah ditipu oleh seorang yang mengaku diri sendiri sebagai hartawan daripada Lubnan yang kononnya ingin menderma sebanyak RM 1 billion ringgit.

Jadi penting juga untuk SPRM dan PDRM masuk campur kerana kalau jumlah itu tidak benar, sekurang-kurangnya PAS boleh menjaga air muka daripada terus menerus diperbodohkan walaupun kita semua tahu PAS memang pun parti kurang akal.

Untuk pihak pengurusan Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd, daripada derma duit pada PAS, lagi baik buat rawatan menambah gigi Pengerusi Eksekutif yang tak berapa nak sempurna tu.



Sumber : MyKMU