Siaran Buletin Utama yang baru lepas tadi betul betul mengeletek hati penulis, mana tidaknya, Kelab Lumba Kuda yang wujud berpuluh tahun di Pulau Pinang masih tidak diketahui fungsinya oleh Lim Guan Eng! Kok ya pun terdesak nak mengakui kesalahan diri sendiri kerana menipu semua orang dengan penafian terdahulu, janganlah menunjuk jahil dengan mengatakan tak tahu fungsi kelab lumba kuda tu. P. Ramlee dalam filem Ibu Mertua ku dah lama tunjuk bahawa Kelab Lumba Kuda tu tempat berjudi, boleh pulak LGE kata tak tahu, betul-betul dia ni bodoh atau pura-pura pandai.
Satu lagi fakta yang didedahkan tadi, LGE mengaku bahawa wang judi yang diterima daripada Kelab Lumba Kuda itu bukanlah RM 500k seperti yang kita semua jangka pada awalnya, sebaliknya RM 2 juta!! Jikalau Khalifah Umar masih hidup, baginda tentu malu dengan tindakan kafir nan seorang ini menggunakan namanya sebagai perbandingan dalam corak pemerintahan kerana kita yakin Khalifah Umar tidak menggunakan duit judi untuk membantu orang susah.
Kali ini cina Melaka ini benar-benar terpukul dengan pendedahan blogger Pisau.Net disini. Desakan seterusnya daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang, sekadar menambah sakit kepala LGE sebab dia tahu dia dah benar-benar kantoi. Yakin Pemuda UMNO dan blogger Pisau tidak mempunyai bukti, LGE menulis di Facebooknya menafikan ada menggunakan duit judi untuk membantu orang miskin sebaliknya menuduh pulak UMNO sebagai munafik.
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Bila blogger Pisau mendedahkan surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit LGE disini, barulah LGE mengalah dan mengakui akan menerima duit judi tersebut. Sekarang nak tanya, siapa munafik? LGE faham ke munafik tu apa bendanya?
Pengakuan itu bagaimanapun bukan tidak beralas, LGE kata duit itu tidak digunakan untuk membantu orang Islam, sebaliknya bangsa lain. Tapi macam biasa, hanya ada air liur, buktinya tidak pulak ditunjukkan seperti mana kata Pemuda UMNO Pulau Pinang, ada dua akaun ke? Untuk perhatian, tidak ada di dalam mana-mana pendedahan di atas ada disebut mengenai orang bukan Islam dan orang Islam yang menerima bantuan duit judi kuda ini, hanya yang disebut ialah orang miskin sahaja.
Dedah sudah (Pisau.Net) , bohong sudah (LGE) , kantoi pun sudah (LGE). Sekarang mari kita bongkar lagi, benarkah kata LGE bahawa duit RM 2 juta itu tidak digunakan bagi membantu orang Islam. Berdasarkan statistik yang didedahkan dalam laman web pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang disini, setakat ini ada seramai 651 penerima bantuan dibawa program Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar Pulau Pinang. Berdasarkan rekod tahun 2009, kebanyakkan penerima adalah terdiri daripada penduduk kawasan majoriti melayu di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.
DAERAH DISTRICT | MISKIN TEGAR / HARDCORE POVERTY | |||||||||||
JAN | FEB | MAC | APRIL | MEI | JUN | JULAI | OGOS | SEPT | OKT | NOV | DIS | |
Timur Laut | 73 | 60 | 41 | 40 | 25 | 25 | 25 | 25 | 25 | 36 | 36 | 34 |
Barat Daya | 174 | 172 | 150 | 121 | 120 | 120 | 120 | 120 | 120 | 121 | 121 | 121 |
Seberang Perai Utara | 318 | 331 | 303 | 293 | 290 | 290 | 290 | 290 | 290 | 303 | 302 | 300 |
Seberang Perai Tengah | 282 | 249 | 186 | 168 | 166 | 168 | 168 | 168 | 168 | 166 | 166 | 165 |
Seberang Perai Selatan | 57 | 57 | 48 | 48 | 48 | 48 | 48 | 48 | 48 | 54 | 53 | 53 |
JUMLAH / TOTAL | 904 | 869 | 728 | 670 | 649 | 651 | 651 | 651 | 651 | 682 | 678 | 673 |
Jadi macam mana LGE kata penerima duit RM 2 juta itu tidak termasuk orang Islam sekali kalau penerima itu banyak datangnya dari kawasan majoriti melayu? Dengan orang cina menguasai 40% ekonomi negara, ramai sangatkah diantara mereka ini yang tergolong dalam kemiskinan tegar terutama di negeri dimana mereka majoriti seperti di Pulau Pinang? Kita yakin bahawa duit RM 2 juta ini juga digunakan untuk membayar sumbangan kepada orang Islam dan bangsa lain Di Pulau Pinang. Kalau LGE boleh menipu sebelum ini, kenapa dia tidak boleh menipu sekarang?
Tuduhan LGE kononnya kerajaan terdahulu tidak membantu orang miskin adalah tidak benar kerana berdasarkan statistik JKM untuk 2008 yang boleh dimuat turun disini, seramai 10,538 kes penerima bantuan daripada JKM dengan perbelanjaan sebanyak RM 24 juta!! Jumlah ini jauh melebihi RM2 juta duit hasil judi yang digunakan LGE untuk membantu penduduk miskin di Pulau Pinang sekarang.
Kita simpatilah dengan penduduk miskin di Pulau Pinang, dapat bantuan pun hasil duit judi. Ini baru judi lumba kuda, bagaimana pulak dengan sumbangan dari tokei kedai judi nombor dan judi sukan yang ditaja kongsi gelap, kawan baik parti DAP? LGE sekadar mendedahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang sekarang betul-betul haprak, sampaikan nak bagi bantuan orang miskin pun terpaksa menyembah ehsan syarikat judi lumba kuda.
Apalah agaknya yang ditabiah PAS kepada DAP di Pulau Pinang sehinggakan orang miskin di Pulau Pinang temakan budi dengan kuda!!!
Penulis tak tahulah nak gelak ke atau nak nangis……
No comments:
Post a Comment