Saturday, January 1, 2011

SENAMROBIK - HASAN ALI DESAK DAP KELUAR PAKATAN !!

Baru2 ini kecoh mengenai Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyertai senamrobik Muslimat di sebuah Masjid dengan berpakaian ketat. Namun, ramai pemimpin PAS yang membela pemimpin DAP ini. Kecuali? Dr. Hasan Ali. Beliau nampaknya kelihatan kurang senang dengan tindakan pemimpin2 DAP yang ternyata amat terdesak untuk mendapat undi Melayu.



Menurut sumber2 dalaman PAS Gombak Setia, kenyataan YB. Teo yang meminta garis panduan untuk memasuki perkarangan Masjid amat tidak logik. Beliau kelihatan seperti bodoh mengenai Islam walhal beliau sengaja berbuat demikian bagi menutup malu setelah dipaksa meminta maaf secara terbuka.

Dr. Hasan Ali dakwanya akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai isu ini dan dengar kata Hasan Ali berkeras mahu DAP keluar dari gabungan kerjasama PAS dan PKR di Selangor. Wow. Nampaknya Hasan Ali kini bertanggungjawab dalam memastikan Islam di Selangor tidak lagi menjadi mainan politik DAP kerana ternyata satu penghinaan terhadap Institusi Islam itu sendiri.

Akan tetapi, Melayu CinDia berpendapat Hasan Ali tidak mampu melakukannya seorang diri tanpa sebarang sokongan dan kerjasama mantap dari pihak lain. Jika tidak, Dr. Hasan Ali akan tewas dalam jihad ini. Tak mengapa YB., Melayu CinDia akan turut bantu memastikan misi DAP menguasai Islam gagal.

SUMBER : GELOMBANG RAKYAT

No comments:

Post a Comment