Saturday, January 1, 2011

TAHALLUF SIYASI VERSI PAS YANG BAHLOL!!!

Tahalluf Siyasi bermaksud kerjasama atau muafakat dalam berpolitik. Dan apabila istilah ini dirujuk kepada politik Malaysia, bermaksud muafakat atau kerjasama antara PAS, DAP dan PKR. Istilah yang digunakan untuk UMNO dan parti-parti komponennya di dalam Barisan Nasional pula, tidak dikira sebagai tahalluf siyasi, sebaliknya para penganut fahaman PAS mengatakan itu adalah menjadikan Melayu-Islam sebagai barua parti kafir, sekaligus menyebabkan UMNO tidak layak berkata apa-apa tentang Islam, malah dihukum kafir oleh Dewan Ulama PAS kerana penggabungan UMNO dengan MCA dan MIC menyebabkan UMNO terpaksa berkongsi kuasa mentadbir Malaysia.

Dek kerana terlalu terkongkong dengan TAHALLUF SIYASI versi hawa nafsu mereka sendiri, sebilangan daripada para pengikut PAS melepaskan pula tanggungjawab muafakat dan merapatkan saf sesama ummat biarpun berbeza ideologi dan manhaj berpolitik. Mereka sebaliknya kekal sebagai golongan yang 'memisahkan' diri dan bergabung dengan golongan lain yang sekepala dalam usaha menjatuhkan kerajaan menerusi sistem demokrasi.

Dan cerita tentang 'pertemuan gelap' membabitkan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO kembali berkumandang. Sikap buruk sangka dan menentang kerana sedang bertahalluf siyasi dengan PKR dan kafir DAP, menyebabkan mereka melepaskan bom dan anak panah kepada kepimpinan mereka sendiri. Mereka sedang berusaha mencabut imamah Presiden PAS dan Timbalannya yang dikatakan masih mengusahakan 'Kerajaan Perpaduan' tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS.

Amat malang, golongan yang berasa mereka lebih Islam berbanding orang lain, lebih mementingkan tahalluf siyasi dengan golongan yang tidak berkalimah thoiyibbah walhal dalam pengangkatan seorang imam (khalifah) pun, ada perbezaan apabila imam berkenaan ditawan oleh pemberontak Islam atau kaum musyrik kafir. Bahkan seandainya pemberontak Islam tersebut tidak mempunyai pemimpin, maka imam (khalifah) yang mereka tawan itu, mempunyai hak untuk mendapatkan baiat daripada mereka dan meneguhkan imamahnya.

Terlalu sayang dengan DAP dan PKR, sewajarnya golongan pendamping syaitan-syaitan tersebut memansuhkan diri daripada jemaah dan terus menyertai DAP dan PKR tanpa perlu berselindung di sebalik jenama Islam agar kelihatan lebih 'syurga' daripada orang lain. Terlalu takut kepada penyatuan umat Islam, jauh lebih keji dan berbahaya berbanding mengkritik seorang Tok Guru yang sudah beberapa kali melafazkan perkataan mungkar dan kufur.

Mereka sepatutnya tidak menggunakan ungkapan Tahalluf Siyasi untuk menghalalkan perbuatan tersebut. Cakap sahajalah, kami sedang seronok mendapat kuasa menerusi penyengutuan dengan DAP dan PKR sekalipun dasar-dasar tulen PAS sedang berada di bawah tapak kaki Lim Kit Siang, dan kami terpaksa menenangkan hati dengan kata-kata bahawa PAS kekal dalam perjuangannya, meskipun cakap-cakap itu pun perlu mendapatkan keizinan daripada Lim Kit Siang dan Karpal Singh terlebih dahulu!

Tahalluf Siyasi konon.... kitab mana yang mereka rujuk untuk membenarkan tahalluf siyasi yang diamalkan sekarang?

No comments:

Post a Comment