Thursday, December 30, 2010
Blogger PAS berlagak Islam.
Bloger UMNO jelmaan Syaitan,anak haram dan tak pernah pijak masjid??
Saya beristighfar banyak ketika saya membaca artikel seorang penulis PAS didalam blognya yang menghina dan marah kepada blogger pro kerajaan. Bagi saya, segala apa yang dia tuliskan disitu adalah haknya tetapi ia dilihat amat keterlaluan. (BACA SINI)
Penyokong PAS semuanya mengaku mereka lebih Islam daripada muslim lain di dalam negara ini. Mereka juga mengaku lebih beriman kepada Allah dan Al Quran daripada penyokong-penyokong kerajaan. Tetapi inikah akhlak mereka-mereka yang lebih Islam dan lebih beriman?
Menuduh seseorang itu sebagai anak luar nikah dan juga mempertikaikan amalannya adalah satu fitnah yang amat berat dan amat berdosa jika tak disertakan bukti-bukti yang kukuh. Dan Islam telah mengingatkan penganutnya bahawa dosa fitnah itu lebih besar dari dosa seorang pembunuh.
Saya tak mahu menghukum sesiapa disini tetapi saya amat kesal dengan kenyataan tak berotak dari mereka-mereka yang mendakwa berfahaman Islam tulen. Apakah ini yang diajarkan oleh Nik Aziz dan juga pemimpin-pemimpin dalam PAS?
Saya juga seorang penulis yang agak pro kepada kerajaan, dan saya memilih begitu kerana saya yakin bahawa pihak kerajaan mampu mentadbir negara lebih baik dari pemimpin PAS ataupun Pakatan. Bagi saya tak salah berpolitik asalkan ia tak disalah anggap sebagai menggantikan kepentingan agama.
Dan tak tahu pula sama ada saya ni adalah jelmaan syaitan ataupun anak luar nikah sepertimana yang didakwa oleh mereka didalam PAS hanya kerana saya blogger sebegitu. Mungkin mereka lebih tahu agaknya? Jadi saya haraplah mereka dapat mengeluarkan bukti untuk mengesahkan dakwaan mereka.
Pengikut-pengikut PAS ini berhutang satu penjelasan serta bukti kepada saya dan juga ibubapa saya didalam dakwaan tersebut. Jika Nik Aziz mampu mengatakan bahawa dia tak akan memaafkan dosa orang yang memfitnahnya, saya yang bukan bertitle tok guru ini juga boleh melakukan sebegitu.
Sebelum ini, para blogger PAS dan Pakatan sering mengatakan bahawa mereka menulis diatas kebenaran dan berdasarkan perjuangan Islam. Mereka sering menuduh penyokong kerajaan bergelumang dengan fitnah untuk memburukkan pemimpin mereka. Tapi kini, siapa yang pakar membuat fitnah sebenarnya?
Inilah cerminan sebenar minda serta pemikiran pengikut PAS yang telah menjadikan politik itu sebagai agama baru kepada mereka. Taksub mereka kepada ideologi politik melebihi kepercayaan mereka terhadap Islam sendiri. Maka inilah hasilnya, menuduh orang lain dengan tuduhan yang jijik dan juga keterlaluan.
Jika inilah yang diajarkan didalam PAS, insyaAllah saya tak akan bersetuju, menyokong, mengikuti apatah lagi menyertai parti yang bertopengkan Islam ini sehingga keakhir hayat saya.
Dan saya berdoa kepada Allah swt supaya para pengikut PAS akan insaf dan kembali kepangkal jalan setelah mereka disesatkan oleh ideologi politik sempit PAS yang mempergunakan Islam bagi memperolehi kuasa.
Sumber:
http://pusakaayahnda.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment