Saturday, December 25, 2010

DEMOKRASI dan KEADILAN versi PR

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat (PR) telah bercadangan untuk melancarkan kempen mengumpul satu juta tandatangan tanda sokongan Akta Pemulihan Demokrasi untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. 
Dalam satu deklarasi yang diedarkan kepada media pagi ini, Pakatan berkata, ia menyedari perlunya untuk menyelamatkan negara ini. 
Nak selamatkan apa plak lg sebenarnya ni.... Ke...sengaja mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan rakyat...

Nampaknya PR dah mula kembali untuk mengapi-apikan semangat perkauman antara kita..

Tak pun, sengaja nak mereka-reka isu bagi mengaburi mata rakyat untuk menggambarkan diri mereka memiliki semangat demokrasi yang tinggi... Mereka lah yang sebenarnya perjuangkan nasib bangsa....kononnya...  

“Sedangkan, jika dilihat terhadap isu yang beria-ia sangat nak di bawa PR ini... Entah lah oiii!!! ... Sedangkan dalam menyatu padukan ahli parti sendiri pun terus gagal... Ntah semangat demokrasi apa agaknya yang di bawa dalam perjuangan politik mereka tu... Tonggang langgang nampaknya.....

Jadi....Lupakan sajalah hajat tu!!! Sememangnya BN sejak dulu hidup berjuang dengan berpaksikan semangat serta sistem demokrasi sebenar dan terbukti negara terus sejahtera sehingga hari ini.... 

Perkara yang terkandung dalam akta itu jelas PR memang sengaja mengada-adakan idu dengan niat membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan sempena pilihan raya yang akan datang... 

Mengharapkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dalam cadangan PR mahu menggubal Akta Pemulihan Demokrasi berteraskan enam perkara mustahil berlaku.

Yang jelasnya,  mereka (PR)  akan bertindak ikhlas ke dalam isu ini.

“Tujuan asal mereka hanya mahu memerangkap rakyat yang mana mahu memperlihatkan diri mereka pejuang nasib rakyat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, apa yang diusahakan oleh PR tidak akan membuahkan hasil kerana mereka sendiri mengalami masalah demokrasi dalaman parti.

“Lihat sahaja, dalam parti komponen mereka sendiri pun tidak ada semangat demokrasi, bagaimana mahu memperjuangkan nasib rakyat?” katanya.

Antara  cadangan PR dalam menggubal Akta Pemulihan Demokrasi yang mengandungi perkara-perkara antaranya:
01 - membatalkan semua pengisytiharan darurat
02 - memansuhkan semua undang-undang antidemokratik
03 - menunaikan perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia
04 - mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan
05 - mewujudkan kebebasan media.

Amat malang sekali sekiranya cadangan ini diluluskan kerana :

01 - Ia akan menunjukkan seolah-olah Malaysia bukan negara demokrasi
02 - Ia hanya memenuhi tuntutan pihak pembangkang semata-mata,
03 - Ia memesongkan fikiran rakyat
04 - Ia menentang melanggar Perlembagaan Negara
05 - Ianya adalah mileage pihak pembangkang yang hanya mengutamakan aspek politiknya,  berbanding hajat untuk melaksanakan perubahan pembangunan, kebajikan, ekonomi dan perkara   lain yang jauh lebih penting dalam kewujudan negara bangsa Malaysia yang merdeka dan  berdaulat.   

Ia tidak perlu dilayan oleh MP Barisan Nasional!

No comments:

Post a Comment