Sunday, January 2, 2011

Skandal Yb Shuhaimi.! Ada Penyokong Tegar ADUN Sri Muda Menangis Bila Baca Tulisan Ini....?

Apa masalah sebenarnya? Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.

Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.

Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis “Urusan Kerajaan” atau “Urusan Seri Paduka Baginda”. Tak pernah ditulis “Urusan Perdana Menteri”, apatah lagi “Urusan Menteri Besar”. Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu.

Begitu juga jawatan SUK Selangor. Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sangat jelas dalam hal hal ini. Perlantikan dan pemecatan SUK adalah bidangkuasa SPA. Dan SPA tidak perlu merujuk kepada Perdana Menteri, apatah lagi Menteri Besar untuk kelulusan. Ini bukan perlantikan politik saperti Setpol MB, Pegawai Khas, Exco dan lain-lain. Jangankan kuasa, suara pun MB langsung tidak ada dalam soal perlantikan atau pemecatan SUK.

Soal pokoknya ialah Kerajaan datang dan pergi. Menteri Besar datang dan pergi. Hari ini Pakatan pembangkang esok BN. Hari ini BN esok orang lain. Tetapi perkhidmatan kerajaan tetap berjalan, kerana perkhidmatan Kerajaan hanya mentadbir dan melaksanakan dasar mana-mana Kerajaan yang memerintah.

Kalau benar mereka begitu beriya-iya nak mengikut undang-undang, teman nak tanya dibawah undang-undang mana mereka melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor? Dengan membazirkan duit rakyat untuk menyiapkan pejabat, kakitangan dan peralatan logistik untuk pejabat beliau. Adakah wahyu tuhan dah turun merestui perlantikan itu? Apa menafaat rakyat Selangor dapat daripada perlantikan itu? Ekonomi Selangor dok macam tu juga. Perampokan pasir berleluasa tanpa ada kesudahan. Agensi-agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor habis dipolitikkan, dengan perlantikkan ahli-ahli politik kejawatan Pengerusi dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikat. Sekadar duduk memanaskan kerusi dan mengutip elaun bulanan? Sehingga bergaduh tarik janggut serban untuk berebut jawatan dalam syarikat!?

Sebenarnya yang menjadi dalang utama dalam memutarbelitkan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin ini ialah kepimpinan cauvinis DAP. Mereka melihat ketegasan Datuk Ahmad Khusrin sebagai penghalang perlaksanaan agenda jahat, cauvinis dan sempit mereka. Setelah berjaya memperlembukan beberapa ekor Melayu bodoh di Selangor, mereka merasakan bahawa agenda mereka untuk merampas Selangor sudah dalam genggaman, apatah lagi bila ada bangsat Melayu yang rela diperkudakan dan dibaruakan mereka.


Baca selanjutnya…., artikel penuh tulisan Yb Zulkifli Nordin - klik sini
Sumber dari:  http://medan-info-kita.blogspot.com

Surat Ummi Hafilda Kepada Mahathir Tentang Kaki Jubur Didedahkan!!!




Gambar Ummi Hafilda ketika melakukan sumpah laknat 10 tahun lepas

Surat ini aku ambil daripada blog Ummi Hafilda yang telah mula berjinak-jinak dengan dunia blog dengan mengeluarkan artikel pertamanya pada 11 Dis lepas. Selamat Datang kepada Ummi Hafilda kepada dalam dunia blog dan bersedialah untuk menerima sebarang serangan daripada beruk-beruk kaki jubur. Tabahkan hati kuatkan semangat dalam perjuangan menentang kemungkaran insan munafik seperti tajuk artikel pertama di blog saudari.



Sebagai tanda perkenalan, aku sertakan 1 salinan panas surat Ummi Hafilda kepada Tun Mahathir ketika Tun bergelar Perdana Menteri. Mungkin ada yang tertunggu apakah isi kandungan surat tersebut semenjak dari tahun 1997. Kepada rakan-rakan blogger semua, sebarkan supaya rakyat sedar hipokritnya Puaka Melayu bernama Anwar Ibrahim!!





surat seterusnya klik disini.

Sumber dari :  http://www.kitagempur.com

SUHAIMI SHAFIE : AKIBAT TERLANJUR LANCAR PERANG KEPADA SULTAN, RAKAN-RAKAN MULA PULAUKANNYA.


mengikut maklumat risikan sok-sek kami, suhaimi shafie bakal 'menyaman' utusan demi untuk menutup cerita dia menggertak KDYMM tuanku sultan selangor.

stail politik cara anwar. dah terkantoi, dia create satu isu dummy demi untuk menutup kesalahan asal.

kabar diterima, beberapa rakan baik gagal mencari beliau. hp tidak dijawap. sms tidak berbalas.

aku mengenali rapat suhaimi ni. dia kalau bermasalah (yang melibatkan kesalahannya) dia akan bertindak mematikan diri. dia tak mampu menerima tekanan.

dia telah mengajak rakyat untuk melancarkan perang terhadap KDYMM tuanku sultan selangor.

hari ini, ramai rakan suhaimi dikalangan adun/ahli palimen dan exco kerajaan negeri menjauhkan diri daripada dibabitkan dengan nama suhaimi shafie !

suhaimi shafie terkontang kanting keseorangan. berdasarkan cerita dia mengaku dia sendiri yang menulis artikel tersebut dan bukannya moderator blognya yang bodoh bernama azmin.

suhaimi shafie ketakutan.

suhaimi shafie tak jawap panggilan/sms.

suhaimi shafie ajak rakyat lancarkan perang terhadap KDYMM tuanku sultan.

exco/adun dan ahli parlimen pakatan mula menjauhkan diri dari suhaimi.

harap suhaimi tak terjum jambatan connaught bridge kg jawa dah la..KLIK SINI

Sumber dari  http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Saturday, January 1, 2011

SENAMROBIK - HASAN ALI DESAK DAP KELUAR PAKATAN !!

Baru2 ini kecoh mengenai Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyertai senamrobik Muslimat di sebuah Masjid dengan berpakaian ketat. Namun, ramai pemimpin PAS yang membela pemimpin DAP ini. Kecuali? Dr. Hasan Ali. Beliau nampaknya kelihatan kurang senang dengan tindakan pemimpin2 DAP yang ternyata amat terdesak untuk mendapat undi Melayu.



Menurut sumber2 dalaman PAS Gombak Setia, kenyataan YB. Teo yang meminta garis panduan untuk memasuki perkarangan Masjid amat tidak logik. Beliau kelihatan seperti bodoh mengenai Islam walhal beliau sengaja berbuat demikian bagi menutup malu setelah dipaksa meminta maaf secara terbuka.

Dr. Hasan Ali dakwanya akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai isu ini dan dengar kata Hasan Ali berkeras mahu DAP keluar dari gabungan kerjasama PAS dan PKR di Selangor. Wow. Nampaknya Hasan Ali kini bertanggungjawab dalam memastikan Islam di Selangor tidak lagi menjadi mainan politik DAP kerana ternyata satu penghinaan terhadap Institusi Islam itu sendiri.

Akan tetapi, Melayu CinDia berpendapat Hasan Ali tidak mampu melakukannya seorang diri tanpa sebarang sokongan dan kerjasama mantap dari pihak lain. Jika tidak, Dr. Hasan Ali akan tewas dalam jihad ini. Tak mengapa YB., Melayu CinDia akan turut bantu memastikan misi DAP menguasai Islam gagal.

SUMBER : GELOMBANG RAKYAT

TAHALLUF SIYASI VERSI PAS YANG BAHLOL!!!

Tahalluf Siyasi bermaksud kerjasama atau muafakat dalam berpolitik. Dan apabila istilah ini dirujuk kepada politik Malaysia, bermaksud muafakat atau kerjasama antara PAS, DAP dan PKR. Istilah yang digunakan untuk UMNO dan parti-parti komponennya di dalam Barisan Nasional pula, tidak dikira sebagai tahalluf siyasi, sebaliknya para penganut fahaman PAS mengatakan itu adalah menjadikan Melayu-Islam sebagai barua parti kafir, sekaligus menyebabkan UMNO tidak layak berkata apa-apa tentang Islam, malah dihukum kafir oleh Dewan Ulama PAS kerana penggabungan UMNO dengan MCA dan MIC menyebabkan UMNO terpaksa berkongsi kuasa mentadbir Malaysia.

Dek kerana terlalu terkongkong dengan TAHALLUF SIYASI versi hawa nafsu mereka sendiri, sebilangan daripada para pengikut PAS melepaskan pula tanggungjawab muafakat dan merapatkan saf sesama ummat biarpun berbeza ideologi dan manhaj berpolitik. Mereka sebaliknya kekal sebagai golongan yang 'memisahkan' diri dan bergabung dengan golongan lain yang sekepala dalam usaha menjatuhkan kerajaan menerusi sistem demokrasi.

Dan cerita tentang 'pertemuan gelap' membabitkan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO kembali berkumandang. Sikap buruk sangka dan menentang kerana sedang bertahalluf siyasi dengan PKR dan kafir DAP, menyebabkan mereka melepaskan bom dan anak panah kepada kepimpinan mereka sendiri. Mereka sedang berusaha mencabut imamah Presiden PAS dan Timbalannya yang dikatakan masih mengusahakan 'Kerajaan Perpaduan' tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS.

Amat malang, golongan yang berasa mereka lebih Islam berbanding orang lain, lebih mementingkan tahalluf siyasi dengan golongan yang tidak berkalimah thoiyibbah walhal dalam pengangkatan seorang imam (khalifah) pun, ada perbezaan apabila imam berkenaan ditawan oleh pemberontak Islam atau kaum musyrik kafir. Bahkan seandainya pemberontak Islam tersebut tidak mempunyai pemimpin, maka imam (khalifah) yang mereka tawan itu, mempunyai hak untuk mendapatkan baiat daripada mereka dan meneguhkan imamahnya.

Terlalu sayang dengan DAP dan PKR, sewajarnya golongan pendamping syaitan-syaitan tersebut memansuhkan diri daripada jemaah dan terus menyertai DAP dan PKR tanpa perlu berselindung di sebalik jenama Islam agar kelihatan lebih 'syurga' daripada orang lain. Terlalu takut kepada penyatuan umat Islam, jauh lebih keji dan berbahaya berbanding mengkritik seorang Tok Guru yang sudah beberapa kali melafazkan perkataan mungkar dan kufur.

Mereka sepatutnya tidak menggunakan ungkapan Tahalluf Siyasi untuk menghalalkan perbuatan tersebut. Cakap sahajalah, kami sedang seronok mendapat kuasa menerusi penyengutuan dengan DAP dan PKR sekalipun dasar-dasar tulen PAS sedang berada di bawah tapak kaki Lim Kit Siang, dan kami terpaksa menenangkan hati dengan kata-kata bahawa PAS kekal dalam perjuangannya, meskipun cakap-cakap itu pun perlu mendapatkan keizinan daripada Lim Kit Siang dan Karpal Singh terlebih dahulu!

Tahalluf Siyasi konon.... kitab mana yang mereka rujuk untuk membenarkan tahalluf siyasi yang diamalkan sekarang?

Friday, December 31, 2010

Mengapa DAP kalut sangat nak ke masjid ??

Semalam YB DAP kesayangan PAS , Teoh Nie Ching berang gambarnya berpakaian ketat dan sendat bersenam robik di perkarangan masjid disebarkan dalam Utusan Malaysia serta blog . Pelbagai pihak juga mengecam tindakan beliau ini kerana tiada adab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam .

Perbuatan dianggap tidak bersopan

Ahli Parlimen Serdang gagal fahami sensitivit umat Islam - Jamil Khir


Tindakan melangkaui politik

Nie Ching mencabar kesabaran umat Islam


Henti perbuatan cemar rumah ibadat - Pak Lah



Bila pelbagai pihak marah tindakan tidak sopan ini , Teoh DAP ini marah pulak dan mempersoal peraturan dan adab dalam Islam ini .

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.-Msiakini


Apa hak beliau mempersoal ini semua ?? Cara mempersoalkan larangan dan pantang larang mengenai sensitiviti Islam seolah olah seperti desperate sangat hingga kalau tak boleh buat itu akan menghalang tugasnya sebagai YB .

Lagi satu , PB nak tanya juga Teoh ini apa kena mengena Datuk Seri Najib dan Umno dalam hal ini? Ini isu berkaitan sensitiviti umat Islam dan nampak sangat Teoh ini cuba menyalahkan benda tak betul dia lakukan ini kepada UMNO dan DS Najib .

Inilah sikap Ultra Kiasu & rasis bila bercakap. Cakap saja tentang soal hak Melayu dituduh rasis dan Islam pulak dituduh Jahat ! Hari ini mereka sudah berani persoal hak , batas dan sensitifiviti dalam Islam pulak . Juak2 PAS Isle seperti biasa tak berani cakap dan menyokong tindakan DAP ini .

Cuma PB nak tanya awat puak2 rasis DAP ini dok kalut sangat masuk ke Masjid ??? Ini semua kerana mereka ingin praktikan ilmu dari parti abang mereka PAP di Singapura di mana dahulu mentor mereka Lee Kuan Yew sanggup turun masuk ke masjid berkempen kepada orang Melayu di sana .klik di sini


Sumber Dari:

Thursday, December 30, 2010

Blogger PAS berlagak Islam.


Bloger UMNO jelmaan Syaitan,anak haram dan tak pernah pijak masjid??


Saya beristighfar banyak ketika saya membaca artikel seorang penulis PAS didalam blognya yang menghina dan marah kepada blogger pro kerajaan. Bagi saya, segala apa yang dia tuliskan disitu adalah haknya tetapi ia dilihat amat keterlaluan. (BACA SINI)

Penyokong PAS semuanya mengaku mereka lebih Islam daripada muslim lain di dalam negara ini. Mereka juga mengaku lebih beriman kepada Allah dan Al Quran daripada penyokong-penyokong kerajaan. Tetapi inikah akhlak mereka-mereka yang lebih Islam dan lebih beriman?

Menuduh seseorang itu sebagai anak luar nikah dan juga mempertikaikan amalannya adalah satu fitnah yang amat berat dan amat berdosa jika tak disertakan bukti-bukti yang kukuh. Dan Islam telah mengingatkan penganutnya bahawa dosa fitnah itu lebih besar dari dosa seorang pembunuh.

Saya tak mahu menghukum sesiapa disini tetapi saya amat kesal dengan kenyataan tak berotak dari mereka-mereka yang mendakwa berfahaman Islam tulen. Apakah ini yang diajarkan oleh Nik Aziz dan juga pemimpin-pemimpin dalam PAS?

Saya juga seorang penulis yang agak pro kepada kerajaan, dan saya memilih begitu kerana saya yakin bahawa pihak kerajaan mampu mentadbir negara lebih baik dari pemimpin PAS ataupun Pakatan. Bagi saya tak salah berpolitik asalkan ia tak disalah anggap sebagai menggantikan kepentingan agama.

Dan tak tahu pula sama ada saya ni adalah jelmaan syaitan ataupun anak luar nikah sepertimana yang didakwa oleh mereka didalam PAS hanya kerana saya blogger sebegitu. Mungkin mereka lebih tahu agaknya? Jadi saya haraplah mereka dapat mengeluarkan bukti untuk mengesahkan dakwaan mereka.

Pengikut-pengikut PAS ini berhutang satu penjelasan serta bukti kepada saya dan juga ibubapa saya didalam dakwaan tersebut. Jika Nik Aziz mampu mengatakan bahawa dia tak akan memaafkan dosa orang yang memfitnahnya, saya yang bukan bertitle tok guru ini juga boleh melakukan sebegitu.


Sebelum ini, para blogger PAS dan Pakatan sering mengatakan bahawa mereka menulis diatas kebenaran dan berdasarkan perjuangan Islam. Mereka sering menuduh penyokong kerajaan bergelumang dengan fitnah untuk memburukkan pemimpin mereka. Tapi kini, siapa yang pakar membuat fitnah sebenarnya?

Inilah cerminan sebenar minda serta pemikiran pengikut PAS yang telah menjadikan politik itu sebagai agama baru kepada mereka. Taksub mereka kepada ideologi politik melebihi kepercayaan mereka terhadap Islam sendiri. Maka inilah hasilnya, menuduh orang lain dengan tuduhan yang jijik dan juga keterlaluan.

Jika inilah yang diajarkan didalam PAS, insyaAllah saya tak akan bersetuju, menyokong, mengikuti apatah lagi menyertai parti yang bertopengkan Islam ini sehingga keakhir hayat saya.

Dan saya berdoa kepada Allah swt supaya para pengikut PAS akan insaf dan kembali kepangkal jalan setelah mereka disesatkan oleh ideologi politik sempit PAS yang mempergunakan Islam bagi memperolehi kuasa.

Sumber: 
http://pusakaayahnda.blogspot.com